Bulan Ramadan sememangnya sangat dinanti ramai dan masa inilah ramai berkejar-kejar untuk perbanyakkan amal ibadah kerana setiap kebaikan akan diberikan ganjaran berlipat ganda.

Tetapi dibulan mulia ini, masih ramai antara kita yang masih melakukan pembaziran makanan. Terlalu mengikut hawa nafsu, ada yang beli macam-macam di bazar Ramadan, tetapi akhirnya makanan tersebut tidak dapat habiskan dan akhirnya dibuang begitu sahaja.

BACA: Beli Kebab Daging Di Bazar Ramadan Tapi Tak Ada Daging

Baru-baru ini, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) menganggarkan kira-kira 4,6000 tan makanan yang masih elok terbuang di seluruh Malaysia pada Ramadan.

Foto: MSN

Lebih mengejutkan, jumlah berkenaan meningkat 15 hingga 20 peratus pada bulan Ramadan berbanding bulan biasa.

“Statistik anggaran 4,600 makanan yang masih elok terbuang ini perlu dipandang serius dan semua pihak harus memainkan peranan bagi mengelakkan pembaziran,” kata timbalan ketua pegawai eksekutifnya.

“Pada bulan biasa, jumlah terkini sisa makanan dibuang yang masih elok berjumlah 4,000 tak sehari. Sisa makanan yang dijanakan sebanyak 16,000 tan setiap hari.”

‘Secara puratanya, seorang rakyat Malaysia membuang sisa makanan sebanyak 1.64 kilogram (kg) sehari iaitu lebih tinggi berbanding purata dunia sebanyak 1.2 kg sehari,” katanya.

Bagaimanapun, data berkenaan diperoleh dari banyak tempat antaranya bazar Ramadan, kediaman dan lain-lain lagi. Data berkaitan sisa makanan atau makanan yang masih elok dari hotel masih lagi dalam kajian.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?