Banjir besar yang melanda Pulau Pinang dan beberapa negeri di bahagian utara sebelum ini dijangka bakal berulang lagi, hujung bulan ini, menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Sri Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dalam satu kenyataan.

BACA: Kena Diet Kalau Nak Naik Pangkat

Pulau Pinang mengalami bencana banjir paling buruk dalam sejarah tatkala hujan lebat turun tanpa henti bermula jam 2 petang hingga 5 pagi, Ahad lalu.

Kejadian diluar jangkaan itu turut meragut nyawa empat warga emas dan seorang warga Bangladesh.

Meskipun keadaan bertambah baik beberapa hari selepas itu namun Jabatan Meteorologi Malaysia mendedahkan bahawa gelombang kedua bakal menyusul hujung bulan ini.

Selain Pulau Pinang, difahamkan beberapa daerah di Perak turut bakal dilanda angin kencang dan ribut petir.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sarapan Pagi Sate Daging Batang Pinang?