Negara Malaysia rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama. Jadi setiap tahun pelbagai jenis perayaan kita raikan. Menurut kajian, Malaysia menduduki tempat pertama cuti umum paling banyak.

Hasil kajian oleh Mashable Asia Tenggara itu, Malaysia mempunyai 50 hari cuti umum pada tahun hadapan mendahului senarai cuti umum terbanyak berbanding 10 negara Asia.

BACA: Rakyat Malaysia Ketiga Paling Malas Di Dunia?

Bagaimanapun, Malaysia hanya mengisytiharkan 20 hari cuti umum pada peringkat nasional manakala selebihnya cuti umum peringkat negeri, yang berbeza mengikut budi bicara kerajaan negeri masing-masing.

Secara umumnya, kesemua 10 negara terbabit mengisytiharkan cuti umum sempena tahun baru dan sambutan keagamaan utama mengikut kumpulan etnik terbesar negara masing-masing seperti Tahun baru (1 Januari), Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Wesak atau Krismas.

Tidak kurang juga ada negara yang mengumumkan cuti pada perayaan atau sambutan unik seperti Kemboja meraikan Tahun Baru antara 14 hingga 17 April selain mengisytiharkan cuti nasional pada perayaan Hari Anak dan Hari Hak Asasi Manusia.

Vietnam tersenarai sebagai negara Asia Tenggara yang akan menikmati hari cuti paling sedikit tahun depan iaitu 11 hari, dengan hampir separuh daripadanya (lima hari) dihabiskan untuk sambutan Tet Nguyen Dan atau Tahun Baru Vietnam.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱