Menjadi mangsa cabul bakal meninggalkan kesan mendalam terhadap seseorang itu namun senario itu bertambah parah apabila dicabul dikhalayak ramai malah ditertawakan. Itulah yang berlaku terhadap wanita berusia 25 tahun ketika menaiki tren Transit Aliran Ringan (LRT), Khamis lalu.

BACA: Makan Abu Mayat Keran Terlalu Rindukan Ibu

Mangsa sedang menaiki LRT dari Pasar Seni menghala ke Masjid Jamek sekitar jam 7.30 petang.

Bagaimanapun, dia tidak menyedari bahawa suspek telah mengekorinya ke dalam tren sebelum bertindak membuka seluar lalu menggosok kemaluannya terhadap mangsa.

Sebaik mangsa menjerit meminta bantuan, dia mendakwa orang ramai yang berada di lokasi kejadian hanya tertawa dengan insiden itu.

Mujur terdapat seorang petugas di dalam tren yang menyedari apa yang berlaku lantas menyelamatkan keadaan.

Suspek sempat melarikan diri sebaik melihat kehadiran petugas.

Mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee sehari selepas itu.

Difahamkan, pihak polis telah pun mendapatkan rakaman litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti suspek.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nak Menangis Makan Mee Cincai Pedas Arwah!