Tiga hospital swasta di China dilaporkan menawarkan diskaun bagi perkhidmatan bersunat kepada pelanggannya yang berjaya mengutip markah tinggi dalam satu permainan mudah alih “King of Glory”. Promosi diskaun istimewa itu telah dilancarkan ketika musim panas lalu di China dan berjalan selama dua bulan, menurut media China, KK News.

BACA: Akhirnya Ada Cara Mudah Nak Guna Touch N Go

Hospital terlibat termasuk Hospital Guigang Wuzhou di Guangxi, Hospital Jiangjin Ren’ai di Chongqing dan Hospital Urology Baotou Jiuzhou, di Inner Mongolia.

Mereka yang mencapai status “Silver” akan menerima diskaun minimum RM127 manakala perkhidmatan percuma akan diberikan kepada mereka yang mencapai status “King”.

Kos bersunat di China dianggarkan sekitar RM638.

Video yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki menjalani proses bersunat sementara bermain permainan mudah alih itu telah pun timbul di laman sosial.

Pada awalnya, warga laman sosial menyangka hospital tersebut menggunakan permainan itu bagi mengalih perhatian kanak-kanak tersebut sebelum iklan mengenai diskaun itu tersebar.

Tidak pasti sama ada tawaran tersebut masih dijalankan di ketiga-tiga hospital terbabit.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Boleh Ke Resell G-Shock  Sampai RM20,000?