Bukan mudah untuk mengekalkan harga makanan murah di zaman yang serba mahal ini. Tetapi percaya atau tidak masih ada lagi peniaga yang menjual lauk dengan harga paling murah dan boleh dikatakan tidak masuk akal.

Walaupun harga barangan semakin meningkat, dengan niat untuk bersedekah, seorang peniaga makanan, Ibrahim Abdul Rahim, di Jalan Pondok Upeh, Balik Pulau menjual seketul ayam goreng dan ikan dengan harga 10 sen.

BACA: Sate Ayam 30 Sen Masih Wujud

Foto: Facebook

Bukan itu saja, menurut pemilik kedai Baen Cafe The Power of Sedekah itu lagi, semua air bergula tanpa susu seperti air teh, air anggur serta sirap juga diberikan secara percuma.

Turut diberikan percuma kepada pelanggan adalah nasi tanpa lauk seperti nasi tomato serta beriyani.

Menurut peniaga berusia 36 tahun itu, dia mula menjual makanan pada harga murah itu minggu lalu iaitu sebanyak 40 ekor ikan cencaru dengan harga 10 sen seekor.

Foto: Facebook

Melihat sambutan pelanggan yang menggalakkan dia mengambil keputusan untuk meneruskan jualan 10 sen untuk ‘hidangan’ terpilih di kedainya itu.

Ibrahim yang telah berniaga sejak 10 tahun lalu berkata, dia rasa terpanggil untuk membuat jualan dengan harga istimewa tersebut apabila melihat ramai yang terbeban dengan harga makanan yang semakin tinggi di samping berniat mahu bersedekah.

Mengakui cara jualannya itu sukar untuk mendapatkan modal semula, bagaimanapun Ibrahim percaya bahawa konsep sedekah itu mengundang lebih banyak rezeki kepadanya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ooops Cheese Terpancut Di Petaling Street? 😍