Esok merupakan hari kemerdekaan yang ke-60 untuk negara Malaysia. Bersempena dengan hari merdeka esok, pihak McDonald’s Malaysia memberi minuman Milo ais percuma pada esok pagi mengikut terma dan syarat yang ditetapkan di seluruh cawangan Malaysia.

BACA: Durian McFlurry Tarik Diri, Jumpa Lagi Tahun Depan

Seorang pengguna laman sosial Twitter, @myjoe_ memuatnaik gambar di laman sosial tersebut sambil memberitahu promosi tersebut hingga tweet miliknya itu mencecah 6,789 retweet dan 2,575 likes.

Perkara itu disahkan apabila akaun rasmi milik McDonald’s Malaysia memuatnaik gambar serta membuat promosi di akaun rasmi laman sosial Facebook berkenaan.

Sumber dari Fb McDonald’s Malaysia

Promosi tersebut hanya sah pada hari esok sahaja iaitu 31 Ogos 2017 dari pukul 8 pagi hingga 11 pagi di setiap cawangan McDonald’s Malaysia.

Tetapi, waktu operasi mungkin sedikit berbeza mengikut cawangan atau restoran dan ia juga tidak sah dengan McDelivery.

Esok pagi bangun awal beratur untuk dapatkan milo ais percuma sambil makan set sarapan McD adalah idea yang bagus sebelum pergi melihat sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan Burger Nasi Lemak Di Singapore (ENG SUB)