McD Singapura Hidang Nasi Lemak Burger!

0
2155

Nasi lemak bukan sahaja popular di Malaysia tetapi popular di negara jiran kita iaitu Singapura. Ia digemari oleh pelbagai lapisan umur masyarakat tidak kira tua atau muda dan juga tidak kira bangsa.

Bermula pada hari ini, pihak McDonald’s Singapura melancarkan promosi menu terbaru mereka iaitu burger nasi lemak dan beberapa menu sampingan lain sempena perayaan kemerdekaan negara itu.

BACA: Inilah Kisah Keluarga ‘Raja’ Burger Arab Saudi

Sumber dari mcdonalds.com.sg

Menu terbaru yang hanya ada pada masa terhad ini terdiri daripada burger nasi lemak, McFlurry Chendol, pie kelapa dan juga Bandung McFizz. Ramai yang teruja untuk mencuba menu utama yang terbaru ini iaitu burger nasi lemak kerana tertarik dengan iklan serta selepas melihat maklum balas yang positif.

Sumber dari facebook.com

Burger nasi lemak mempunyai dua keping roti semolina, kepingan isi ayam berperisa kelapa disaluti cornflakes, telur goreng, caramelised onions, beberapa kepingan timun dihiris nipis serta sambal nasi lemak.

Sumber dari superadrianme.com

Selain itu, pie kelapa turut mencuri perhatian kerana mempunyai nata de coco di dalamnya serta rasanya yang tidak terlalu manis jadi ianya sesuai untuk dijadikan sebagai pencuci mulut setelah anda makan burger nasi lemak.

Sumber dari facebook.com

Untuk melengkapkan menu istimewa ini, anda juga boleh mencuba minuman Bandung McFizz dan Pandan Coco Frappe yang bakal menyegarkan tekak anda setelah habis makan. Ada juga berpendapat rasa Bandung McFizz lebih ke arah pink lemonade kerana ia dicampur bersama minuman berkarbonat 7 Up.

Sumber dari mcdonalds.com.sg

Walaupun tarikan utama promosi ini lebih kepada burger nasi lemak, menu terbaru untuk bahagian dessert juga tidak kurang hebatnya. Terdapat Chendol McFlurry, kek kueh Salat, chendol Melaka chococone, chendol Melaka twist dan chendol Melaka cone.

Jangan ketinggalan untuk mencuba promosi terhad ini selagi ia belum tamat. Mungkin McDonald’s Malaysia boleh membuat promosi seperti di Singapura memandangkan rakyat negara ini juga amat menggemari nasi lemak dan juga cendol.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Vitdaily Special : Singapore

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here