Minggu lalu, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jeyakumar mengeluarkan kenyataan bahawa semua air paip seluruh Malaysia yang telah diproses oleh loji rawatan air selamat untuk diminum terus.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata adalah lebih baik jika air paip dimasak terlebih dahulu sebelum diminum ini kerana saluran air yang dilalui kemungkinan mempunyai risiko paip yang sudah lama atau berkarat.

BACA: Menteri Jamin Air Paip Selamat Diminum Terus

“Saya tidak boleh memastikan air paip selamat untuk terus diminum, perlu dimasak terlebih dulu. Saya boleh katakan di sini air yang keluar dari loji rawatan memang memenuhi syarat untuk boleh diminum tetapi dari loji rawatan sehingga ke rumah pula melalui rangkaian pengedaran (saluran paip air) dan perlu dipastikan paip yang ada tidak mempunyai masalah.

“Ini kerana masih ada paip lama dan berkarat, jadi saya rasa lebih baik kita jangan minum secara terus dan dimasak terlebih dulu,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Datuk Mohd Ridhuan Ismal, mengesahkan sistem bekalan air di negara ini bukan saja bersih dan selamat diminum secara terus, malah bebas bakteria e-Coli.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma? 😱😱😱