Bulan Ramadhan hampir tiba. Masa ni la peniaga tudung sibuk bertungkus lumus untuk hasilkan tudung terbaru sempena Syawal nanti.

Baru-baru ini, tudung bawal pocong ternyata menarik hati hijabista apabila tudung keluaran oleh Azzim Aziz habis dijual.

BACA: Demam PRU, Tudung Logo Parti Dapat Sambutan

Pada awalnya, fesyen pocong menyeramkan itu hanya untuk tujuan promosi sahaja. Namun pengasas tudung berkenaan tidak menyangka ianya boleh viral.

“Kami mulanya merancang mengikat hujung tudung bawal ke bahagian atas bagi memberi kelainan.

“Namun selepas mengambil gambar, kami melihat persamaannya dan menggelarkan ia Bawal Pocong,” katanya.

Menurut Azzim, tudung yang berharga RM40 itu di jual untuk koleksi Syawal, namun stok awalnya sudah habis terjual.

Lebih mengejutkan, sewaktu hari tudung pocong itu tular, 500 helai darpada tujuh warna sudah habis dijual.

Siapa yang nak kelainan di pagi Syawal nanti boleh la gayakan bawal pocong ni. Mana tahu dapat duit raya lebih ke!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: BURGER PEDAS MALAIKAT MAUT