Walaupun sudah hampir seminggu Pilihan Raya Umum ke-14 sudah berlalu, namun masih menjadi kemusykilan di kalangan rakyat Malaysia mengenai wang elaun balik mengundi yang diterima.

Sebelum ini, SPRM mendedahkan elaun balik mengundi yang diterima oleh rakyat dianggap sebagai rasuah. Namun bagaimana pula jika diterima selepas hari mengundi?

BACA: Bagi Buah Limau Dikira Rasuah?

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menjelaskan, status elaun tersebut bukan lagi rasuah jika diberikan selepas PRU14 ia dianggap sebagai pemberian.

“Kebiasaannya rasuah ini berlaku sebelum (hari kejadian), tapi kalau bagi selepas tu, ia bukan rasuah lagi dah.

 

“Walaupun pemberi itu bertanya parti mana yang diundi penerima (sebelum memberikan wang), elaun yang dihulurkan selepas undian dibuat boleh dianggap sebagai pemberian,” katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, menerusi laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Bakri mengatakan, hukum menerima wang tersebut adalah harus.

“Hukum pada asalnya adalah harus, selama mana dinamakan sebagai pemberian,” jawabnya.

ARTIKEL BERKAITAN:
Nak Sedut Pearl, Tapi Tersedut Anak Cicak
Ramai Sanggup Ke Sini Untuk Nikmati Rendang Landak

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Tempat Makan Di Taman Tamadun Islam Terbongkar!