Sebelum ini, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata semua restoran tersebut akan menjadi kawasan larangan merokok. Bagaimanapun ketika itu pihaknya masih dalam peringkat perbincangan dengan beberapa pihak berkepentingan berhubung cadangan berkenaan.

Terbaru, Dr Lee berkata cadangan tersebut sudah pun diluluskan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengeluarkan arahan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan di negara ini berkuatkuasa 1 Januari 2019.

BACA: Restoran Terbuka Akan Jadi Kawasan Larangan Merokok

Menurutnya, arahan tersebut bukan saja tertakluk kepada tempat awam dan bangunan kerajaan sahaja, tetapi turut membabitkan semua restoran dan premis makanan termasuk warung-warung makanan di tepi jalan.

Tindakan akan diambil terhadap perokok dan juga pemilik restoran jika tidak mematuhi peraturan terbabit mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan hasil Tembakau 2004 di bawah Akta Makanan 1983 (Akta 324).

Pihak kementerian tahu bahawa arahan tersebut akan menimbulkan bantahan daripada perokok dan juga pemilik restoran, namun mereka tidak akan berkompromi apabila ia membabitkan aspek kesihatan rakyat di negara ini.

Ini adalah antara usaha KKM untuk memastikan rakyat Malaysia terhindar daripada penyakit yang berpunca daripada asap rokok.

angan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi