Baru-baru ini, kes seorang pemandu Grab di Sabah yang dilaporkan hilang dan kemudian mayatnya ditemukan di dalam semak menggemparkan rakyat Malaysia. Kes itu sekaligus menimbulkan kebimbangan buat pemandu Grab.

Susulan kes yang berlaku itu, syarikat Grab telah memperkenalkan langkah baru bagi meningkatkan keselamatan para pemandu sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.

BACA: Batal Tempahan Grab Bakal Dikenakan Denda RM3 Hingga RM5

Langkah baru itu memerlukan para penumpang mengambil swafoto terlebih dahulu setiap kali menaiki kenderaan yang ditempah. Peraturan baru itu akan berkuat kuasa mulai 12 Julai ini.

Tetapi anda tidak perlu bimbang, syarikat Grab memberitahu gambar selfie dan identiti anda tidak akan dikongsikan kepada pihak pemandu.

Diharap langkah ini dapat mengurangkan kes-kes yang berlaku dan mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nasi Kukus Kambing Bakar Setapak Yang Power 🔥