Makan makanan panas susah menjadi perkara biasa, tapi berani tak anda nikmati snek yang betul-betul berapi. Berapi macam-mana tu? Memang siap dengan api!

Baru-baru ini, sebuah gerai di New Delhi viral di media sosial selepas ‘snek api’ yang disediakan secara tradisional dimasukkan terus ke dalam mulut pelanggan.

BACA: Bihun Sup ‘Berapi’ RM13 Semangkuk?

Gerai tersebut diusahakan oleh keluarga Pradhuman Shula yang menjual snek diberi nama ‘paan’ sejak 20 tahun dahulu.

Selalunya, ‘paan’ dibuat menggunakan daun sirih bersama kacang pinang. Namun gerai tersebut mencipta kelainan dengan menyalakan api untuk menambah keterujaan pelanggannya.

Snek tersebut juga turut diubah suai dengan menambah perisa masala, sedikit ais dan perisa minuman. Bagi masyarakat di sana, ‘paan’ dikatakan bagus untuk menyembuhkan selesema, batuk dan sakit tekak.

 

Menurut pemilik kedai tersebut, ramai yang beranggapan memasukkan api dalam mulut adalah perkara yang bahaya. Tapi bagi mereka yang sudah mencubanya, mereka dapat rasakan sensasi dingin di dalam mulut.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Jangan Tengok Video Gomo Sup Air Asam Masa Lapar!