Seorang kanak-kanak berusia 7 tahun dilaporkan maut akibat tercekik biji rambutan ketika makan buah berkenaan di bilik guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sintok, petang semalam.

Sumber memaklumkan, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2 petang ketika mangsa, Muhammad Fahim Ilmi Mohd. Fairuz yang merupakan murid di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sintok menunggu ibunya seorang guru di SMK Bandar Baru Sintok yang hanya terletak bersebelahan.

BACA: Masuk Pertandingan Makan, Mati Tercekik

“Setibanya di bilik guru berkenaan, mangsa menikmati rambutan namun tiba-tiba tercekik dan dilihat muntah sebelum berada dalam keadaan separuh sedar oleh seorang guru lain,” katanya kepada Kosmo!

Muhammad Fahim Ilmi Mohd. Fairuz maut selepas tercekik biji rambutan yang dimakannya.

Mangsa kemudiannya dibawa sebuah klinik kesihatan di Changlun sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Jitra.

Difahamkan mangsa sedang dibedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah sebelum jenazah dibawa ke Nibong Tebal, Pulau Pinang untuk urusan pengebumian. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superitendan Mohd. Ismail Ibrahim mengesahkan kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, guru kelas kepada mangsa, Sharfiza Shamsir Alam berkata mangsa merupakan seorang murid yang sangat baik dan berdisiplin sehingga membolehkannya dilantik menjadi ketua kelas.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi 🔥🔥