Buat peminat tegar raja buah iaitu buah durian, pastikan anda serbu ke gerai-gerai durian dengan kadar segera dan makan puas-puas.

Ini kerata Jabatan Pertanian Pulau Pinang meramalkan musim raja buah itu bagi pertengahan tahun akan habis antara tujuh hingga 10 hari sahaja lagi.

BACA: Durian Paling Sempurna Ini Dijual RM200,000 Sebiji!

 

Pegawai Pertanian Ahmad Razali berkata, kebanyakan durian yang diklon semuanya telah gugur dari pokok dan hanya D15 masih masak di pokok.

Walaupun orang ramai masih boleh mendapatkan beberapa jenis durian klon lain, beliau berkata, kualitinya sudah mulai menurun kerana nutrien pokok sedang menghasilkan batang-batang untuk musim depan.

Katanya lagi, ini merupakan salah satu musim durian pertengahan tahun yang paling singkat dan tahun lepas adalah salah satu musim yang paling lama.

Bagaimanapun musim durian bergantung kepada lokasi kebun contohnya di Pulau Pinang dan di Kedah mungkin terdapat perbezaan waktu buah gugur.

ARTIKEL BERKAITAN:
Durian McFlurry Tarik Diri, Jumpa Lagi Tahun Depan
Ini Punca Ramai Boikot Durian Timbang
Kenapa Durian Tanpa Duri Ini ‘Famous’ Di Thailand?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

#KakiMakan EP1: Jumpa Ketam Kelapa Kat Sabah!