Peminat Indomie yang berada di kawasan Subang Jaya dan Shah Alam tidak lagi perlu memandu sejauh Sungai Besi untuk merasai makanan di Kafe IndoBowl kerana mereka baru sahaja membuka cawangan kedua di SS15 Subang Jaya.

BACAKek Soto Tiga Tingkat Ganti Kek Kahwin

Terkenal dengan menu pelbagai, kafe pertama mereka yang terletak di Kuala Lumpur mendapat sambutan hangat ekoran menyajikan gandingan Indomie bersama daging dan sambal.

Mereka turut memperkenal beberapa menu baru antaranya Indomie Sambal Matah Kerang dan Indomie Sambal Matah Ebiko – inspirasi daripada Jepun.

Kalau enggan menjamu menu berat, anda juga boleh merasai kerepek Indomie!

Kafe IndoBowl dibuka seawal jam 11 pagi sehingga 11 malam.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Baru Nasi Kandar Di Penang?