Lumrah anak memang mengejar perhatian daripada kedua ibu bapa tetapi dalam satu kes di China, seorang anak lelaki bertindak luar daripada kebiasaan gara-gara mahu menguji kasih sayang bapanya.

BACA: Ahmad Maslan Ditegur Lagi Masak Berhampiran Penyembur Serangga

Zhu, 18 tahun bertindak merancang penculikannya sendiri 13 Julai lalu dengan menghantar pesanan menerusi WeChat kepada ahli keluarganya bagi memaklumkan dirinya telah diculik.

Mesej pendek itu – berserta gambar – menjelaskan ahli keluarganya perlu membayar 100, 000 yuan (RM63,000) jika mahu menyelamatkan nyawa pelajar kolej itu.

Difahamkan, remaja tersebut berhijrah ke bandar Taizhou di wilayah Zhejiang bagi mencari pekerjaan sempena cuti musim panas.

Pihak polis yang terpedaya dengan kelicikan Zhu membuat serbuan ke sebuah hotel yang dipercayai menjadi sarang ‘penculikan’ tersebut namun terkejut apabila melihat remaja itu dalam keadaan sihat dan selamat.

Zhu kemudiannya menjelaskan ia satu jenaka sebelum mendakwa dia bertindak melakukan sedemikian gara-gara tidak pernah merasai kasih saya ayahnya sejak kecil.

Nenek remaja itu turut dikejarkan ke hospital selepas mendengar berita cucunya diculik.

Zhu dan dua lagi rakan yang bersubahat atas ‘penculikan’ tersebut telah ditahan polis atas dakwaan memeras ugut.

Ikuti kami di Facebook dan Twitter

Nyaris Kena Halau Di Tsukiji Market?