Mencari makanan murah bukanlah mudah lebih-lebih lagi bila kita sudah memasuki tahun baru. Namun, seorang nenek masih mengekalkan harga jualan nasi lemaknya dengan harga 50 sen sebungkus di di Kampung Pegoh Dalam, Alor Gajah, Melaka.

Kadangkala orang tua tidak senang duduk di rumah tanpa melakukan apa-apa pekerjaan kerana mereka sudah terbiasa bekerja sejak usia muda lagi.

BACA: Nasi Lemak Semakin Diminati Di Korea Selatan

Berikutan itu, nenek yang dikenali Halimah Hassan, 76 tahun, menggagahkan diri menjual nasi lemak di depan rumahnya walaupun sudah berusia.

Sebelum ini, dia juga pernah menjual kuih-muih tradisional tetapi tidak mendapat sambutan menggalakkan dan kini hanya fokus menjual nasi lemak bungkus daun pisang saja.

Tambahnya lagi, kebanyakan pelanggannya terdiri daripada orang luar dan pelancong yang berminat untuk merasai lauk kampung dimasaknya di samping harganya yang murah.

“Sekarang nenek tinggal bersama anak lelaki di rumah dibina anak perempuan yang bekerja di Kuala Lumpur. Setiap kali pulang ke kampung anak perempuan suruh nenek berhenti berniaga, tapi kalau duduk saja di rumah pun bosan,” jelasnya.

Menurutnya, Halimah akan bangun seawal pukul empat pagi untuk memasak nasi sebelum membungkusnya selepas Subuh dan sambal ikan bilis pula disiapkan lebih awal iaitu pukul 2 petang.

Siapa yang mahu rasa masakan nenek Halimah, boleh la singgah di gerai yang terletak di hadapan rumahnya itu. Bukan senang untuk kita jumpa nasi lemak semurah itu pada zaman sekarang.

ARTIKEL BERKAITAN:
Nasi Lemak 80 Sen Masih Wujud
Nasi Lemak Pondan Masih Laku

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Selamba Kedai Nasi Kukus Ayam Cincang Ni Bukak 24 Jam