Kisah sebelum ini mengenai seorang rakyat Malaysia membuat perangai tidak elok semasa berada di negara Jepun baru sahaja reda, kali ini muncul pula kisah terbaru mengenai rakyat negara kita tidak mengikut peraturan semasa menggunakan bilik solat pelbagai agama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, Jepun.

BACA: Perangai Samseng, Tinggal Tahi Dalam Tempat Mandi

Bila org nk travel, hg pn nk travel.. tp Adab x Jaga.. main hentam kromo ja.. Notice Board pn Ada bg amaran apa yg X…

Posted by Tok Sheikh ソフィ ロスランド on 25hb Ogos 2017

Seorang pengguna laman sosial Facebook, Tok Sheikh memuatnaik status serta gambar insiden berkenaan yang berlaku di lapangan terbang tersebut.

Menurutnya, dia mengetahui kejadian itu setelah berborak dengan rakyat Malaysia di Jepun ketika sedang makan di sebuah restoran halal di sana.

“Gambar tersebut diambil semasa mereka ingin menggunakan ruang solat (wanita) dan mendapati dua orang perempuan telah tidur dan basuh pakaian mereka di situ,” ujarnya.

Sumber dari Fb Tok Sheikh

“Mereka turut sidai pakaian di dalam bilik itu sedangkan papan kenyataan sudah menyatakan apa yang tidak boleh dibuat ketika berada di dalam ruang solat berkenaan,” jelasnya.

Dia yang juga bekerja dengan syarikat pelancongan dan sentiasa berulang-alik ke negara itu berasa kesal dengan tindakan rakyat Malaysia yang tidak prihatin serta tidak mematuhi peraturan menggunakan kemudahan awam di sana.

Sumber dari Fb Tok Sheikh

“Sekiranya nanti kemudahan seperti ini ditarik balik, ia akan menjadi masalah kepada semua pelancong yang ingin solat di tempat yang disediakan,” sambungnya.

“Kepada mereka yang ingin belajar melancong ke luar negara, hendaklah juga belajar menjaga adab kerana kita membawa nama negara,” tambahnya lagi.

Sumber dari Fb Tok Sheikh

“Jika perkara seperti ini terus berlaku, ia amat memalukan kerana nila setitik rosak susu sebelanga,” ujarnya sebelum mengakhiri perbualan.

Diharap kita semua dapat menjaga tingkah laku semasa berada di luar negara kerana kita bukan sahaja melancong, tetapi kita juga membawa nama negara jika melakukan perkara tidak elok di negara orang seterusnya menjejaskan imej dan nama negara.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Apa Yang Kami Sempat Makan Di Johor Bahru?