Buat peminat makanan laut terutama makanan bercengkerang terutama di kawasan Pantai Barat Semenanjung, anda dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan hidangan berkenaan berikutan risiko dijangkiti penyakit akibat keracunan logam berat.

Perkara itu dikesan selepas kajian dijalankan oleh Pensyarah Kanan Program Biologi Marin, Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Madya Dr Ong Meng Chuan apabila mendapati pencemaran logam berat seperti arsenik, kadmium, plumbum dan merkuri.

BACA: “Orang Lain Pun Drive Tak Ada Terjun Laut, Buang Karan Siasat”

Laporan mendedahkan, bahan logam tersebut banyak dikesan di kawasan muara sungai dan pelabuhan di sepanjang Selat Melaka.

Antara kawasan yang dikesan berisiko menghadapi pencemaran logam berat itu adalah sekitar pelabuhan di perairan Johor, Pelabuhan Klang dan muara sungai di Pulau Pinang.

Dalam pada itu, beliau berkata tidak ramai yang menyedari kesan pencemaran logam berat daripada sumber makanan laut boleh menyebabkan pelbagai penyakit kepada manusia.

“Fenomena itu secara tidak langsung turut mencemari sumber makanan laut kerana sifat haiwan bercengkerang ini ia mendiami habitatnya dan tidak bergerak ke tempat lain…secara tidak langsung, ia memperoleh sumber makanan daripada tempat ia tinggal.

“Jadi sudah tentu jika perairan itu dicemari logam-logam berat berkenaan, sudah pasti ia turut mencemari haiwan bercengkerang itu yang seterusnya dimakan oleh manusia,” katanya.

Kajian tersebut dijalankan dalam pelayaran saintifik menggunakan kapal penyelidikan UMT, RV Discovery sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) Mac lalu dari Kuala Terengganu hingga ke Tanjung Lembong, Pulau Langkawi, Kedah.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

#ResepiRabu: Cara Mudah Masak Sambal Bilis Kicap Peda