Hanya kerana mengegur rakan serumahnya malas memcuci pinggan selepas makan, seorang lelaki parah akibat ditetak dengan parang dalam kejadian berlaku di Lahad Datu, Sabah.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, lelaki berusia 29 tahun itu merupakan pekerja ladang berjaya menyelamatkan diri ke rumah penyelianya sejauh 500 meter.

BACA: Bapa Maut Dikapak Anak Kerana Terpijak iPhone

Menurut polis, ketika kejadian mangsa dikatakan sedang tidur di dalam bilik sebelum pintunya diketuk suspek lelaki berusia 25 tahun.

Apabila mangsa membuka pintu, suspek didakwa terus menyerang dengan parang sambil menolaknya sehingga terjatuh ke lantai dan berlaku pergelutan.

Mangsa kemudian berjaya merampas parang daripada suspek. Akibat pergelutan itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan bahu kiri serta calar di pipi kiri.

Suspek kemudian keluar dari bilik mangsa dan datang semula dengan membawa parang lain yang diambil dari dapur, lalu mengejar mangsa yang ketika itu melarikan diri ke rumah penyelianya.

Hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada tindakan mangsa pernah menegur suspek yang dikatakan tidak mahu mencuci pinggan selepas makan.

Sebelum ini, mereka tidak pernah bergaduh dan mangsa ada melihat suspek seperti kemurungan serta bertanya jika dia ada masalah, namun dia hanya mendiamkan diri.

Suspek ditahan pada hari sama kira-kira jam 1.50 tengah hari di rumah pekerja ladang terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥