Pasangan dari Malaysia, Hairi Muhamad dan Norliha Khamis kini sedang menghadapi perbicaraan di Norway atas pertuduhan mendera anak mereka.

Memetik laporan Free Malaysia Today, perkara itu disahkan oleh Kementerian Luar dan Keduataan Malaysia juga telah menghubungi pasangan berkenaan dan memberikan bantuan khidmat konsular selaras peruntukan Konvensyen Vienna 1963.

BACA: Berat Badan Hampir 100 Kg, Lelaki Ini Amalkan Diet Puasa 16 Jam

Sejak Mei lalu, Hairi, 42, yang bertugas sebagai pakar kimpalan dan Norliha, 42, hilang hak penjagaan lima anak mereka berusia empat dan 16 tahun selepas disiasat pihak berkuasa susulan aduan salah seorang anak mereka.

Menurut satu laporan, salah seorang anak pasangan itu ditegur oleh gurunya yang kelihatan letih kerana berpuasa dan memaklumkan dia tertekan kerana berpuasa lama (melebihi 12 jam).

Guru terbabit berpendapat kanak-kanak terbabit didera dan kemudian membuat aduan kepada pihak berkuasa perlindungan kanak-kanak.

Untuk pengetahuan anda, Norway antara negara dengan tempoh berpuasa paling lama iaitu 20 jam. Iceland merupakan negara dengan tempoh berpuasa paling panjang iaitu 21 jam.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?