Baru-baru ini, sebuah video merakamkan beberapa pekerja Pos Malaysia dilihat mengasingkan bungkusan milik pelanggan dengan cara mencampakkannya tular di media sosial.

Video tersebut mendapat perhatian netizen, terutama sekali pelanggan syarikat pembekal eksklusif perkhidmatan mel terbesar di Malaysia itu.

BACA: “Tak Puasa Sebab Tak Solat 5 Waktu, Kalau Puasa Rugi”

Rata-rata netizen berang dengan tindakan pekerja Pos Malaysia dan mengatakan mereka sepatutnya mencontohi cara pekerja di Japun yang melakukan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab.

Konon cari rezeki halal, tapi tak ikhlas

Tidak kurang juga ada yang membandingkan kualiti penghantaran Pos Malaysia dengan syarikat penghantaran antarabangsa popular seperti UPS.

Ramai tak tahu, barang mudah pecah sudah diasingkan 

Namun tidak kurang juga ada yang mempertahankan syarikat Pos Malaysia yang sentiasa cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan mereka.

Ada netizen yang menjelaskan, barang yang dicampak bukanlah barang yang mudah pecah kerana jika barangan tersebut adalah kaca ianya sudah diasingkan terlebih dahulu. Namun jika ada barang yang pecah ianya berpunca dari pelanggan sendiri yang tidak meletakkan sebarang tanda.

Bayangkan beratus-ratus mungkin beribu bungkusan setiap hari perlu diasingkan. Kita tak duduk di tempat mereka, jadi kita tidak tahu apa yang mereka hadapi setiap hari. Apa-apa pun jangan cepat sangat menghukum.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Bila Tak Sabar Nak Makan Benda Panas