Semalam berakhirnya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2019. Umum mengetahui sebelum ini pelajar-pelajar SPM melancarkan petisyen untuk menurunkan markah lulus bagi subjek Matematik Tambahan kepada markah 5%.

Nampaknya, satu lagi petisyen dilancarkan oleh pelajar SPM 2019 untuk subjek Sejarah pula, dimana mereka meminta diturunkan kepada markah 50% untuk A+.

BACA: Pelajar Buat Petisyen Mohon Tun M Benarkan Lelaki Berambut Panjang Ke Sekolah

Setakat hari ini, petisyen tersebut mendapat sokongan sebanyak 14,100. Rata-rata pelajar memberikan komen soalan Sejarah yang diberikan terlalu sukar sehingga ada yang tidak boleh menjawabnya.

Bagaimanapun, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan petisyen tersebut. Kata netizen, tidak pernah lagi terjadi sebelum ini para pelajar meminta untuk menurunkan gred dan tindakan tersebut disifatkan sangat melampau.

Kata netizen lagi, markah 50 untuk A+ sangat berlebih-lebihan. Malah, kata netizen pelajar zaman sekarang terlalu manja, malas, serta tidak mahu berusaha dan hanya tahu berangan sahaja.

Apa pendapat anda tentang isu ini? Rasanya zaman kita dulu lagi susah, internet pun belum tentu ada dan hanya baca apa yang ada dalam buku sahaja. Jika nak dibandingkan dengan zaman sekarang, semua benda boleh Google je.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥