Nampaknya, Indonesia bakal memperkenalkan undang-undang baharu dengan mengkelaskan hubungan seks luar nikah sebagai satu jenayah.

Di bawah undang-undang itu, pasangan belum berkahwin yang tinggal bersama boleh dipenjara enam bulan atau didenda maksimum 10 juta rupiah (kira-kira RM3,000).

BACA: “Dapat Udara Bagus Dari Indonesia, Malaysia Tak Pernah Berterima Kasih”

Dalam pada itu, hukuman penjara maksimum setahun juga boleh dikenakan ke atas sesiapa yang melakukan hubungan seks dengan seseorang yang bukan pasangannya apabila ada anggota keluarga terdekat membuat aduan.

Difahamkan, sekiranya diluluskan, undang-undang tersebut akan mula berkuat kuasa menjelang akhir bulan ini.

Parlimen Indonesia turut akan mempertimbang mengenakan hukuman penjara kepada mana-mana pelancong yang melakukan hubungan seks luar nikah semasa berkunjung di Bali.

Berkenaan penguat kuasaan tersebut, kedutaan luar di Jakarta akan mengeluarkan amaran perjalanan kepada warga negara mereka yang bercadang mengunjungi Indonesia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

MyFirstTime: Jadi Ke Tidak Buat Blueberry Pie?