Umum mengetahui baru-baru ini kumpulan K-pop terkenal, EXO mengadakan konsert di Axiata Arena, Bukit Jalil. Kalau dah nama artis K-Pop datang Malaysia, memang ramai yang akan membanjiri konsert tersebut.

Dengar cerita hampir 10,000 peminat menghadiri konsert tersebut. Setiap kali konsert artis K-pop diadakan, sudah pasti ada cerita tak sedap di dengar mengenai ‘fans’ Muslim mengenai hal solat.

BACA: Setiap Hari Menari Kpop, Berjaya Turun 38 Kg Dalam 7 Bulan

Difahamkan konsert bermula jam 6 petang dan peminat sudah mula menunggu sejak jam 2 petang lagi.

Bagaimanapun, tular satu perkongsian netizen menunjukkan seorang gadis sedang menunaikan solat di satu ruangan kecil sebelum masuk ke stadium untuk menonton konsert.

Perkongsian itu sekaligus menepis tanggapan orang ramai di luar sana mengenai ‘fans kpop’. Tidak berhenti setakat itu, ada pula netizen mempersoalkan mengapa gadis berkenaan solat disitu kerana masjid dekat sahaja.

Namun, seorang netizen menjelaskan gadis itu memilih untuk solat di ruangan berkenaan kerana ketika itu hujan dan surau di dalam stadium tidak boleh digunakan selagi belum masuk.

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut memuji tindakan gadis berkenaan yang sekaligus membuktikan bahawa peminat K-Pop tidaklah seburuk yang difikirkan.

Tiada salahnya untuk meminati mana-mana artis asalkan tidak melampaui batas dan sentiasa menjaga solat. Apa pun tindakan gadis ini patut dijadikan contoh oleh anak muda lain bahawa tiada alasan untuk kita meninggalkan solat.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?