Pencuri Pulang Semula Motor, Isi Minyak Penuh

0
939

Jika berlaku kes kecurian atau kehilangan barang di Malaysia, sukar untuk barangan yang dicuri itu ditemui semula namun dalam satu kes di Kanada, seorang pencuri bertindak memulakangkan semula barangan yang dicuri dan pada masa sama, melakukan perkara di luar kebiasaan.

BACA: Kena Pecat Kerja Sebab Tapau Makanan

Pada 19 Julai lalu, Mel Flesher memuat naik status di akaun Facebooknya memohon bantuan daripada orang ramai bagi mencari motorsikal milik anak kepada teman lelakinya yang telah hilang.

Jentera tersebut merupakan sebuah motorsikal Yamaha berwarna kuning yang didapati telah hilang daripada kawasan parkir pangsapuri yang mereka tinggal.

Difahamkan, Mel dan teman lelakinya telah memperbaiki motorsikal tersebut bagi mengajar anak mereka cara menunggangnya.

Sebaik status Flesher mula menular di Facebook, ia turut mendapat perhatian remaja yang mencuri kenderaan tersebut.

Keesokan harinya, Flesher berkongsi berita baik di Facebook apabila mendedahkan motorsikal tersebut telah dipulangkan sambil dilekatkan surat permohonan maaf daripada si pencuri.

Lebih mengejutkan si pencuri telah meninggalkan kunci motor yang berkualiti – berserta kunci – di samping mengisi minyak penuh ke dalam tangki.

Tindakan murni si pencuri yang kesal dengan tindakannya serta merta mendapat pujian daripada Mel.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram

Paus Bapak Besar! (Osaka)

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here