Menikmati cendol yang sejuk dan manis berlemak adalah satu nikmat yang tak dapat dinafikan tambahan pula ketika cuaca panas ia sangat memberi satu kelegaan. Jadi tak menghairankan hampir di merata tempat pasti adanya gerai cendol namun untuk mencari yang betul-betul menepati citarasa itu sukar sedikit.

BACA: Beg Kopi Bungkus Laku Habis Di Singapore

Antara tips untuk tahu cendol itu sedap atau tidak adalah cari gerai yang sudah lama dibuka dan mempunyai pengunjung yang setia seperti Restoran Cendol Ibrahim yang terletak di Pekan Banting, Selangor.

Restoran Cendol Ibrahim ini dibuka sejak awal 1960-an dan masih bertahan sehingga kini dan mempunyai pelanggan setia yang tak jemu menikmati cendol yang disajikan di sini.

Sekali pandang cendol yang disajikan nampak biasa sahaja namun rasanya tak dapat dinafikan kelazatannya kerana lemak santan dan larutan gula Melaka yang digunakan seimbang dan membuatkan para pelanggan tak muak ketika menikmatinya.

Selain itu isi cendol juga dibuat sendiri oleh pemiliknya menggunakan pandan sebenarnya sekaligus menambah lagi rasa asli cendol ini.

Mesin sagat ais klasik

Pada zaman moden ini biasanya ais untuk cendol akan dimesin dengan mengunakan mesin kisar elektrik dan paling tidakpun mesin yang beroperasi secara manual.

Namun berlainan dengan restoran ini kerana ia masih mengekalkan mesin penyagat ais yang diperbuat daripada kayu.

Ketulan ais yang disagat menghasilkan air yang sedikit kasar namun ia tidak menjejaskan rasa cendol bahkan ia menambah keunikan di restoran ini.

Harga yang murah

Selain itu, harga cendol di restoran ini juga sangat berpatutan iaitu hanyalah RM2 semangkuk jadi apa salahnya tambah untuk semangkuk lagi cendol ketika datang ke restoran ini.

Lokasinya juga mudah untuk dicari kerana terletak di tepi jalan utama pekan Banting dan berhampiran dengan restoran Old Town White Coffee.

Selain cendol, anda juga boleh memesan rojak yang rasanya juga tidak mengecewakan para peminat rojak. Pendek kata memang rasa nak tambah untuk kali yang kedua.

Ini adalah pandangan peribadi penulis.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram