Pasti ramai di antara anda sudah menonton filem Avengers: Infinity War. Kalau ikutkan memang ramai tak sabar menantikan filem itu ditayangkan dipawagam.

Mesti ramai yang masih ingat lagi dengan trailer parodi filem tersebut yang dihasilkan oleh sekumpulan pelajar universiti tempatan dan mendapat pujian oleh dua pengarah filem terhebat itu.

BACA: Pengarah Avengers Puji Trailer Parodi Anak Malaysia

Baru-baru ini, pihak Marvel membawa sekumpulan pelajar dari Kolej Mara Seremban itu untuk dipertemukan dengan pengarah filem tersebut, Joe Russo di Singapura.

Menurut salah seorang pelajar kumpulan tersebut, Aiman Sany Mohd Ikhsan, pada awalnya mereka tidak diberitahu oleh pihak penganjur mengenai pertemuan itu tetapi dihimpunkan bersama untuk sesi temuramah oleh pihak penganjur mengenai video parodi berkenaan.

Kejutan yang tidak disangka apabila pengarah itu muncul secara tiba-tiba dibelakang mereka.

“Bila Joe Russo menyapa belakang seorang rakan saya, kami semua terkejut. Perasaan tu ada macam-macam, terkejut bercampur gembira,” katanya kepada mStar Online.

Marvel Studios' Avengers: Infinity War | Joe Russo Surprise

You’ve seen their viral parody trailer. Now watch what happened when we brought Aiman Sany and friends from Kolej Mara Seremban to meet the man himself, Director Joe Russo. #AvengersMY #InfinityWarWatch Marvel Studios' Avengers: Infinity War now – https://po.st/b4F2du

Posted by Marvel on 4hb Mei 2018

Dalam temubual tersebut, kumpulan itu memaklumkan kos pemibikinan untuk menghasilkan trailer tersebut hanya RM3 sahaja.

Joe Russoe mengakui video yang dihasilkan sangat menarik, kreatif dan lucu, lebih-lebih lagi menggunakan bijirin coklat untuk menggambarkan pasukan tentera menuruni dari atas bukit untuk mara berperang.

“Saya fikir ia sangat inventif. Pinggan-pinggan (yang digunakan sebagai props dalam video) juga sangat kelakar,” kata Joe Russo.

Sehingga kini, video parodi tersebut telah ditonton hampir 4 juta kali, dan dikongsi 115,000 kali.

Bangga jadi rakyat Malaysia bila ada pelajar kreatif macam ni. Mana tahu mereka boleh jadi pengarah filem “Avengers” seterusnya.

ARTIKEL BERKAITAN:
Buku Pickup Line Ciptaan Pelajar Sekolah Viral
Gadis 14 Tahun Jual Badan 35 Kali Demi iPhone X

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

100k Subs, Giveaway 2.0 dan Pyan Beli Ferrari?