Umum mengetahui beberapa negeri di Malaysia sudah melaksanakan larangan penggunaan penyedut minuman plastik. Ianya bertujuan untuk menjaga alam sekitar dalam masa sama untuk mendidik pengguna tentang pembuangan sisa plastik yang semakin membimbangkan.

Bagi menangani masalah penyedut minuman plastik, penggunaan straw serai akan diperluaskan di kafe hospital termasuk kepada pasakit.

BACA: Starbucks Bakal Haramkan Penyedut Minuman Tahun 2020

Cadangan penggunaan serai sebagai pengganti straw ini telah dikemukakan oleh Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Datuk Husam Musa.

Pihaknya juga bersedia membekalkan tanaman serai kepada mana-mana pihak yang ingin menyahut saranan itu. Menurut beliau lagi, penggunaan penyedut minuman daripada serai adalah sesuatu yang baru dan sebagai permulaan beliau mewajibkan penggunaannya di semua kafe KADA.

Untuk pengetahuan anda, tanaman serai mempunyai 27 jenis dan untuk penggunaan sebagai penyedut minuman, serai buluh adalah yang sesuai.

“Kita akan memajukan penggunaannya kepada kafe Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sama ada untuk digunakan oleh orang ramai atau kepada pesakit sendiri kerana ia adalah daripada bahan semula jadi.

Katanya, beliau akan membuat surat rasmi kepada pihak HUSM, Kubang Kerian untuk tujuan cadangan itu dalam masa terdekat memandangkan bekalan serai sangat banyak.

Nampaknya, anda juga boleh mulakan dari sekarang dan berhenti menggunakan penyedut minuman plastik. Selain serai, anda boleh gantikannya dengan penyedut minuman buluh, kertas, besi, kaca dan silikon yang kini banyak dijual di pasaran.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

PIZZA HUT vs DOMINO’S PIZZA – MANA LAGI SEDAP?!