Pernah tak anda terfikir wujudnya aiskrim perisa sos tomato? Selalunya kita makan sos tomato dengan burger atau kentang goreng. Tak dapat kami gambarkan bagaimana rasanya aiskrim perisa tomato.

Sebuah syarikat pengeluar makanan, Wattie’s di New Zealand mengumumkan rancangan mereka untuk memperkenalkan aiskrim vanila berperisa sos tomato. Perkara itu menimbulkan pelbagai reaksi dikalangan netizen dimana rata-rata menyifatkan ianya kombinasi menjijikkan.

BACA: Aiskrim Perisa Maggi Kari Kini Di Jerman

Tidak kurang juga ada yang mendakwa bahawa kombinasi antara aiskrim dengan itu adalah sebagai April Fool’s menjelang 1 April depan. Bagaimanapun dakwaan berkenaan dinafikan sendiri oleh jurucakap syarikat tersebut.

Menurutnya, idea untuk menghasilkan aiskrim vanilla dengan sos tomato itu diperoleh ketika dia menyertai satu pertandingan memasak.

Daripada idea berkenaan, dia kemudian menghubungi pemilik TipTop untuk bekerjasama menghasilkan sos tomato dalam bentuk aiskrim.

Agak-agak, bagaimana rasanya kombinasi aiskrim perisa vanilla dengan sos tomato itu nanti. Sedap ke tidak? Harap-harap aiskrim sos tomato ini masuk Malaysia, teringin juga nak mencuba!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?