Kalau dah nama pun peti kotak cadangan sudah tentulah ianya digunakan untuk membuat aduan, tetapi lain pula kisahnya di Malaysia yang terlebih pemurah memasukkan duit di dalam kotak tersebut.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang memuat naik gambar kotak cadangan di restoran makanan segera terkemuka.

BACA: Sedekah Buka Puasa Pada Gelandangan Tapi Sampai Membazir?

Hairannya, peti tersebut tidak diisi dengan kertas cadangan atau aduan tetapi dipenuhi dengan wang kertas dan syiling. Netizen itu turut menyertakan status sindiran mengatakan rakyat Malaysia sebenarnya sangat pemurah.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen lain yang turut bersetuju bahawa orang kita sememangnya pemurah.

Namun ada yang menyindir itulah masalah orang kita sebenarnya yang malas membaca.

Tweet tersebut turut mendapat perhatian rakyat Indonesia yang turut berkongsikan masalah yang sama terjadi negaranya.

Dalam pada itu ada yang tertanya-tanya adakah pihak kedai akan mengambil duit di dalam peti cadangan tersebut.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi 🔥🔥