Pasti ramai tahu sejak kebelakangan ini banyak kontroversi terpalit golongan pendakwah yang lahir dari rancangan realiti televisyen antaranya Pencetus Ummah (PU) dan Da’i.

Perkara itu sekaligus menimbulkan kemarahan netizen malah ada yang menggelar mereka ini penunggang agama. Bukan itu saja, satu petisyen dilancarkan menggesa supaya menarik balik panggilan untuk si penunggang agama.

BACA: Netizen Terkejut Masjid Indonesia ‘Booking’ Saf Khas Untuk Menteri

Menerusi petisyen tersebut, meskipun bukan semua PU, IM & Da’i berperangai ikut kaedah syariat ciptaan syok sendiri mereka, tapi segelintir pelaku-pelaku berkelakuan amat memalukan.

“Pelaku-pelaku ini adalah kelahiran RANCANGAN REALITI TV. Sudah tentunya telah ada PENGIKUT yg terdiri dari pelbagai peringkat umur. Mereka menjadikan ‘ustaz-ustaz’ ini ‘role model’ mereka.

“Pelaku-pelaku ini menggunakan alasan agama atas kapasiti sebagai ‘ustaz celebrity’ utk kepentingan peribadi di sosial media. Maka, DI SINILAH MASALAH BERMULA – Ini semua virus, penyakit.

Malah, petisyen itu meminta agar membatalkan rancangan realiti televisyen berkonsepkan keagamaan atau menyemak semula rancangan tersebut.

Menurut petisyen itu lagi, banyak isu atau kes yang perlu diberi perhatian seperti kes penderaan seks terhadap kanak-kanak yang semakin meingkat, sumbang mahram, hubungan sejenis tetapi lebih sibuk dengan rancangan realiti TV keagamaan untuk calon-calon yang tak berkualiti.

Difahamkan setakat ini petisyen tersebut sudah pun mendapat sebanyak 7,682 sokongan daripada netizen.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

ARTIKEL BERKAITAN:
Luar Rock Habis, Ilmu Agama Tip Top
Makan Meggi Dalam Gayung Masjid Buat Ramai Sebak
Ini Penyokong Indonesia Dapat Bila Menyamar Jadi Penyokong Malaysia

Kambing Golek & Satay Pilihan Hati