Perdana Menteri menegaskan kutipan tol tidak bagus untuk rakyat Malaysia dan perlu dimansuhkan.

Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau mahu memansuhkan tol dan tidak mahu menjadi seperti pemimpin terdahulu yang percaya dengan kadar tol.

“Kalau keadaan sesuai saya mampu mansuhkan tol, ia menyakitkan hati dan penyebab kesesakan lebuh raya,” katanya kepada The Malay Mail Online.

Bagaimanapun, Najib terpaksa merungkai masalah yang dicipta perdana menteri sebelumnya sebelum dapat menyelesaikan isu tersebut.

“Saya perlu selesaikan beberapa masalah legasi sebelum ini, saya akan selesaikan apa sahaja yang tidak menguntungkan rakyat Malaysia.

“Disebabkan itu lebuh raya Pan-Borneo di Sabah dan Sarawak tiada bayaran tol dan kutipan tol di Batu Tiga, Sungai Rasau, Bukit Kayu Hitam fan Lingkaran Penyuraian Timur dimansuhkan,” ujarnya lagi.