Kalau ikutkan kes pelajar ponteng sekolah bukanlah perkara baru. Tapi rasanya pelajar zaman sekarang semakin berani ponteng sekolah dan dilihat melepak di pusat beli belah dengan berpakaian sekolah.

Terbaru, menurut Twitter Pendidik, mana-mana pelajar sekolah yang didapati ponteng dan ditemui melepak di mall atau kawasan selain sekolah dengan uniform sekolah akan ditahan oleh pihak polis untuk dibawa ke balai.

BACA: Guru Diejek & Keluarga Pelajar Dirotan Akhirnya Berdamai

Pelajar yang ponteng hanya akan dilepaskan dengan jaminan ibu bapa atau penjaga sahaja.

Difahamkan, baru-baru ini pihak polis menahan pelajar-pelajar sekolah yang ponteng di Sandakan, Sabah.

Tweet tersebut tular dan mendapat sokongan daripada netizen dengan tindakan tersebut. Malah ada yang berharap cara itu dapat membentuk generasi muda dalam masa sama membanteras kes ponteng sekolah.

Apa pun diharap gejala ponteng sekolah dikalangan pelajar sekolah akan berkurangan dan ibu bapa pun perlu memainkan peranan untuk memastikan anak berada di sekolah.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥