Bila nak dekat raya ni ramai la yang bercerita tentang kisah kuih dan biskut raya. Bagaimana dengan persiapan kuih raya anda tahun ni? Buat sendiri ke atau pun ‘kuih tunjuk’ je. Sekarang ni kebanyakan kuih raya yang dijual ada yang murah dan ada yang premium.

Namun baru-baru ini, ada cerita yang tak sedap didengar apabila ada penjual kuih seakan-akan merendahkan hasil kuih raya yang murah dengan mengatakan rasanya tidak sedap.

BACA: Jom Buat Kuih Raya Ulat Bulu Viral

Tidak kurang juga ada yang kononnya menggunakan bahan-bahan premium dan dijual dengan harga tetapi sebenarnya hanya gunakan bahan-bahan biasa sahaja menyebabkan ramai pembeli rasa tertipu.

Menerusi Facebook, Azlina Ina yang sering kongsikan resepi biskut dan kek mengutarakan pendapatnya tentang isu tersebut.

Tak semua orang mampu beli kuih raya premium

Rata-rata pengikutnya bersetuju dengan pendapatnya kerana citarasa setiap orang berbeza-beza. Ada yang sukakan rasa kuih yang diperbuat dari bahan murah dan ada yang sukakan yang jenis premium.

Ramai je peniaga guna bahan biasa tapi untung berlipat ganda

Namun, hal yang menjadi isu ialah apabila ada pembuat biskut yang menggunakan barang murah tapi menjual dengan harga mahal.

Guna bahan murah tapi cakap guna bahan mahal

Lebih mengejutkan, ada pembuat biskut yang bersaing secara tidak sihat dengan menjual harga di bawah pasaran.

Apa-apa pun semuanya terpulang pada poket masing-masing. Paling penting jadilah pengguna bijak. Rasanya lagi sedap kalau buat biskut raya sendiri. Betul tak?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Resepi Popia Horlicks Yang Dapat Ribuan Share!