Boleh dikatakan cecair keju kini menjadi trend dan kegilaan rakyat Malaysia. Ada yang merasakan tidak lengkap jika menikmati sesuatu hidangan itu tanpa cecair keju.

Memang terliur jika melihat hidangan tersebut disaluti dengan cecair keju yang melimpah ruah. Tetapi ramai tak tahu bahawa cecair keju itu sebenarnya tidak baik untuk kesihatan kerana ia dihasilkan menggunakan bahan proses.

BACA: Pizza Hut Malaysia Perkenal Menu Baru ‘Durian Cheese Pizza’

Bimbang dengan trend tersebut, seorang doktor memberi penjelasan mengenai makanan tersebut. Menurutnya, cecair keju itu bukanlah sesuatu yang baru, namun ia kini seolah menjadi menu wajib dalam setiap makan untuk menarik perhatian pembeli.

Sebagai contoh, ianya turut diletakkan pada roti nan sedangkan roti tersebut merupakan makanan yang sihat.

Mengandungi MALTODEXTRIN berfungsi sebagai pemekat

Persoalannya, adakah cecair keju ini benar-benar mengandungi keju? Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan cecair keju ini terdiri daripada pelbagai bahan perasa, garam, gula dan MALTODEXTRIN.

Untuk pengetahuan anda, MALTODEXTRIN merupakan bahan tambahan yang berfungsi sebagai pemekat dan menambah jumlah makanan proses. Ianya sangat tidak sesuai buat pesakit kencing manis.

Tingkatkan risiko kencing manis & obesiti

Lebih mengejutkan, bagi mereka yang sihat menggemari cecair keju ini boleh meningkatkan risiko kencing manis. Bagi kanak-kanak pula akan menyebabkan obesiti, cepat lesu dan perkembangan minda boleh terganggu.

Dalam pada itu, doktor turut memberikan pesanan buat ibu bapa dan pengusaha makanan diluar sana supaya elakkan mengguna cecair keju secara berlebihan.

ARTIKEL BERKAITAN:
15% Rakyat Malaysia Tak Makan Untuk Survive
Bung Moktar: Obesiti Bukti Rakyat Tak Hidup Susah

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Kebab Gemok Tak Habis Makan Sorang