Wau merupakan permainan tradisional yang popular di negeri Kelantan. Ia biasanya dimainkan di tepi pantai atau di kawasan lapang yang mempunyai angin kuat supaya dapat menerbangkan wau dengan lebih tinggi di udara.

Sebuah sekolah di Kampar, Perak, telah mencipta sebuah replika wau sebesar padang bola telah diiktiraf oleh Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai replika wau terbesar di Malaysia.

BACA: Ais Kepal Milo Tarikan Terbaru Perak

Wau yang dihasilkan oleh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Malim Nawar, Kampar, adalah sebesar padang bola iaitu bersaiz 75 meter panjang dan lebar 70 meter itu diperbuat daripada plastik dan dicantumkan dengan rangka wau yang diperbuat daripada buluh.

Menurut Pengarah Projek yang juga seorang guru Pendidikan Seni Visual (PSV), Muzafar Saari, memberitahu mereka telah mendapat idea membuat replika wau besar itu sejak sebulan lepas dan baru menjayakan projek itu sejak 3 Januari lalu.

Tambahnya, aktiviti itu dapat mengeratkan silaturahim sesama pelajar dan memupuk penjanaan minda bagi menghasilkan sesuatu yang kreatif dan inovatif di samping memberi semangat kerjasama antara pelajar dan warga guru di sekolah berkenaan.

Pada mulanya, replika wau yang diperbuat daripada 500 helaian surat khabar itu telah siap awal tetapi musnah gara-gara hujan lebat.

“Keadaan itu memaksa semua pelajar dan guru terpaksa bersengkang mata sejak petang semalam (kelmarin) hingga awal pagi ini (semalam) bagi menggantikan bahagian badan wau yang musnah dengan lembaran plastik dan ia berjaya disiapkan,” ujarnya.

Untuk pengetahuan anda, replika wau itu dibina oleh hasil kerjasama 649 orang pelajar serta 80 orang warga guru di sekolah berkenaan.

Eksekutif Pentadbiran MBOR, Siti Hajar Johor, mengesahkan projek replika wau itu mendapat pengiktirafan daripada pihak Malaysia Book Of Records. Tahniah!

ARTIKEL BERKAITAN:
Tuna Gergasi Dijual RM1.3 Juta Seekor!
Ini Murtabak Gemuk & Besar Kami Pernah Tengok

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sedut Telur Di Kelantan