Bila Hari Raya je, mesti nak kena hidangkan air sedap-sedap untuk tetamu yang datang beraya. Selalunya air sirap antara menu popular setiap kali hari raya. Tapi, apa kata kita ubah sedikit air sirap anda itu. Mana tahu kalau kita hidang air sirap takut-takut tetamu dah muak.

Tapi resipi yang nak dikongsikan kali ini bukan sirap bandung biasa je. Kalau nak kasi power, campur dengan soda. Memang tak berhenti minum tetamu yang datang nanti.

BACA: Sedapnya Biskut Susu Bandung, Guna 2 Bahan Sahaja!

Resipi Sirap Bandung Soda ‘Power ‘ini dikongsikan oleh Habibah Badar Bajrai menerusi Facebook. Bahannya simple saja dan cara untuk membuatnya pun tak susah.

Bahan-bahan:

  • 1 botol ice cream soda 1.5 liter
  • Sirap ros
  • 1 sudu teh essence vanilla
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1 tin susu cair
  • Ais

Cara membuatnya: 

1. Hanya campurkan kesemua bahan ke dalam jug besar. Kemudian masukkan ais.

Tekak terasa rasa nak minum #sirap_bandung_soda. Dia punya terasa tu sampai tak leh tido malam tau. Tapi, kena yang buat…

Posted by Habibah Badar Bajrai on Sabtu, 28 Oktober 2017

Dah siap! Boleh la hidangkan pada tetamu. Dia punya rasa tu sampai tak boleh tidur malam katanya.  Nampak macam air bandung biasa, tapi bila dah pekena satu cawan mesti tak cukup. Selamat mencuba!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ayam Goreng Cicah Cheese Lagi Sedap Dari Ayam Pasar Malam?