Sebut saja nasi lemak sememangnya makanan ini sangat sinonim dengan rakyat Malaysia. Mahu nasi lemak dikenali di seluruh dunia, seorang anak kelahiran Sabah ini mengambil langkah berani dengan membuka kedai Nasi Lemak Nek Nong di London.

Siapa sangka, pemuda tersebut, Duzy Noramzamnas Abdul Aziz, 30, sebelum ini pernah mengusahakan Warung Nasi Lemak Ben-Seoul di Korea Selatan.

BACA: Chef Wan Kritik Sambal Tumis Nasi Lemak AirAsia Menjijikkan

Duzy mengambil mengambil keputusan mengambang sayap ke London kerana sambutan menggalakkan dari negara itu serta ramai rakyat Malaysia berada di kota berkenaan.

Berbeza dengan restoran Malaysia lain, hidangan utama yang diperkenalkan ialah nasi lemak berlauk panas. Kedai nasi lemaknya mendapat sambutan menggalakkan sejak ianya dibuka pada awal Januari lalu.

Menurut Duzy, keunikan nasi lemaknya ialah ia dihidangkan dengan sambal istimewa, ikan bilis, timun, telur dan beberapa lauk tambahan seperti sotong, kupang dan ayam.

Menurut anak kelahiran Penambang, Sabah itu lagi, dia menamakan restorannya itu dengan mengambil nama panggilan ibunya, Nek Nong. Ujarnya lagi, resepi nasi lemak itu adalah resepi warisan ibunya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Steamboat Wajib Datang Di Putrajaya! 😍