Ramai yang suka dan ingin mencuba minuman berwarna Unicorn seperti yang diperkenalkan oleh Starbucks beberapa bulan lepas di Amerika Syarikat namun hampa kerana ia tidak dijual di cawangan seluruh dunia. Jika anda ingin mencuba roti bakar serta minuman Unicorn, usah risau kerana ia boleh didapati di Malaysia.

BACA: Kang Gary Pekena Cendol Di Pulau Pinang

A post shared by HarajuCube (@harajucube) on

Haraju Cube, sebuah kafe yang terletak di Empire Damansara ini menawarkan suasana seperti kafe di negara Jepun. Ia juga memberi pelbagai pilihan pencuci mulut yang menarik dan ‘kawaii’ untuk pelanggan-pelanggan mereka.

A post shared by HarajuCube (@harajucube) on

Roti bakar Unicorn-Berry ini boleh didapati dalam masa yang terhad sahaja. Jadi, anda perlu dapatkannya sementara masih ada. Roti bakar unik ini diperbuat daripada roti arang tebal, dipenuhi oleh marshmallow meringue, aiskrim berperisa Berry serta kon aiskrim yang diterbalikkan di atas permukaan aiskrim. Malah, roti bakar Unicorn turut dihiasi oleh gula-gula kapas berwarna merah jambu di bahagian atas kon aiskrim.

A post shared by HarajuCube (@harajucube) on

Selain itu, kafe Haraju Cube turut memperkenalkan minuman Unicorn yang diberi nama “Magic-Potion”. Minuman ini diperbuat daripada campuran aiskrim Berry dan dijadikan sebagai smoothie.

A post shared by HarajuCube (@harajucube) on

Sejak roti bakar Unicorn-Berry dan Magic-Potion diperkenalkan pada 27 Mei lalu, kafe tersebut telah hangat diperkatakan oleh orang ramai, kata Pengurus Pemasaran Haraju Cube, Aaron Tan.

A post shared by HarajuCube (@harajucube) on

Selain datang bersama kekasih hati, anda juga boleh membawa ahli keluarga anda datang ke sini untuk menikmati sendiri hidangan bertemakan Unicorn yang unik ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Memang Betul, Kelantan Syurga Makanan! | Kelantan Part 1