Umum mengetahui bermula 1 Januari 2020, penguatkuasaan saman terhadap kesalahan merokok di premis kedia makan mula dilaksanakan. Mana-mana individu yang tidak mengikuti peraturan tersebut boleh disaman dan dikenakan denda.

Sejak semalam tular beberapa keping gambar memaparkan orang awam yang didakwa melanggar peraturan tersebut dan dikenakan saman. Menerusi Facebook rasmi KKM juga turut mengesahkan perkara itu.

Fuhhh rancak

Posted by Sukan Star TV – sstv.my on Selasa, 31 Disember 2019

BACA: Penjara 2 Tahun Jika Merokok Di Kedai Makan Mulai 1 Januari 2020

PUTRAJAYA, 1 Januari 2020 – Satu Operasi Penguatkuasaan bagi Larangan Merokok diketuai oleh Dr Zainal Abu Bakar, Pegawai…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Rabu, 1 Januari 2020

Memetik laporan Sinar Harian, seorang lelaki berusia 50an berang apabila dikenakan kompaun sebanyak RM250 kerana merokok di tempat awam. Malah, lelaki itu juga turut meminta premis makan tidak meletakkan meja makan diluar atau haramkan penjualan rokok.

“Saya panas hati, janganlah letak meja makan di luar premis, jadi tak adalah orang merokok di sini. Kalau begini, larang terus penjualan rokok,” katanya.

Lelaki itu didapati merokok di sebuah medan selera ketika operasi penguatkuasaan di tempat makan yang diketuai Exco Kesihatan dan Anti Dadah, Low Chee Leong di Bukit Baru, Melaka.

Dalam pada itu, memetik laporan Selangor Kini, masih ramai yang berdegil dengan memberi alasan tidak tahu mengenai larangan tersebut, walaupun penguatkuasaan pendidikan selama 12 bulan telah dijalankan.

Menerusi temu bual disiarkan di Buletin Utama, ada perokok yang pada ketika itu merokok di dalam kedai makan memberikan alasan terlupa mengenai larangan merokok yang dikuat kuasakan.

Bermula 1 Januari 2020, tindakan undang-undang terhadap perokok yang ingkar akan larangan merokok di semua premis makanan akan mula dikuat kuasakan.

Perokok yang ingkar larangan tersebut akan didenda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun.

ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Punca Buah Oren Baik Untuk Badan
Manggis Buah Kegemaran Ratu Victoria England?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱