Setiap pasangan yang berkahwin, cahaya mata sulung paling dinanti-nanti dan suami mana yang tidak mahu memberikan yang terbaik untuk isteri mereka.

Baru-baru ini, status seorang lelaki ini menjadi perhatian netizen apabila dia menyatakan impiannya untuk menghantar isterinya melahirkan anak mereka di hospital swasta popular iaitu Pusat Perubatan Prince Court.

BACA: RM1 Khidmat Van Jenazah, Baik Sungguh Uncle Kuan

Namun, menurut lelaki tersebut yang dikenali sebagai Muhd Nasrudin Mat Lazim, dia tidak sangka statusnya itu boleh tular dan mengetahui bahawa kos untuk bersalin di hospital tersebut sangat tinggi.

“Saya main-main sahaja tentang nak hantar isteri ke sana, tapi kalau memang sudah rezeki kami, sudah tentu saya mahu berikan yang terbaik kepada anak dan isteri.

“Tidak sangka ramai pula yang mendoakan impian kami itu tercapai dan permintaan untuk menggunakan servis saya cukup menggalakkan,” katanya kepada dihubungi mStar Online.

Nasrudin yang bekerja sebagai pereka grafik sepenuh masa itu menjelaskan dia sebenarnya menawarkan perkhidmatan penghantara itu secara sambilan. Isterinya pula merupakan seorang setiausaha di sebuah syarikat swasta.

Dijangka bakal menimang cahaya mata sulung hujung bulan ini, menurut Nasrudin permintaan untuk menggunakan perkhidmatannya penuh sehingga minggu depan selepas statusnya di Twitter itu tular.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Steamboat Wajib Datang Di Putrajaya! 😍