Pasti ramai tahu bahawa kanabis atau ganja merupakan sejenis dadah yang sering digunakan dalam perubatan kerana dikatakan boleh melegakan pelbagai jenis penyakit.

Baru-baru ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) mencadangkan kepada kerajaan Selangor mempertimbangkan penanaman ganja di negeri itu bagi tujuan perubatan.

BACA: Boleh Tanam Pokok Ganja Tapi Perlu Dapat Kebenaran KKM

ADUN Jeram, Mohd Shaid Rosli berkata negeri Selangor berpotensi untuk menjadi pengeluar terbesar ganja di seluruh dunia.

Ujarnya lagi, Akta Dadah Merbahaya 1952 telah menyatakan bahawa mana-mana jabatan kerajaan boleh membuat penanaman ganja bagi tujuan perubatan.

Menurut Mohd Shaid Rosli lagi, tanaman ganja boleh memberi pulangan besar sehingga RM9 juta setahun.

“Izinkan saya memberi contoh. Anda boleh mendapat RM3,000 seekar dalam setahun untuk minyak sawit. Tetapi ganja boleh membawa hasil pulangan sehingga RM9 juta setahun … satu ekar dengan tiga kali ganda jumlah hasil akan dikeluarkan setahun.

“Dan sekiranya Selangor dapat mengusahakan lebih daripada 100 ekar, kita akan jadi pengeluar terbesar di negara ini yang turut memberi pulangan lumayan,” katanya.

 

Bagaimanapun, cadangan itu disanggah Adun Ijok, Dr Idris Ahmad yang mempersoalkan masalah penyalahgunaan ganja yang mampu menghasilkan dadah lain seperti candu dan morfin.

Mengakui perkara itu, Mohd Shaid mencadarkan agar lokasi bagi penanaman dan pemprosesan dilaksanakan di satu kawasan dan hanya boleh diakses oleh pihak tertentu sahaja.

Apa pendapat rakyat Malaysia tentang cadangan penanaman ganja di negara kita? Adakah Malaysia akan mengikut jejak langkah Thailand menghalalkan ganja untuk tujuan perubatan?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥