Sebut je Highland Tower pasti ramai yang tahu tragedi menghayat hati yang pernah terjadi pada 25 tahun lalu. Bukan itu saja, bangunan tersebut juga terkenal dengan kisah seram yang sehingga kini masih lagi meniti di bibir orang ramai.

Namun menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, kawasan Highland Towers akan dibangunkan semula dan akan dijadikan taman rekreasi dalam masa terdekat.

BACA: Ini Sebab Sebahagian Gunung Kinabalu Runtuh

Menurut Zuraida, strutur kawasan tersebut sememangnya tidak sesuai untuk pembinaan rumah dan disebabkan itu pihaknya usulkan untuk membina taman rekreasi.

Foto: The Star

“Kita sudah kenal pasti pemilik hartanah dan kini sedang dalam fasa untuk menguruskan isu berkaitan perundangan.

“Kita putuskan untuk usulkan cadangan pembinaan taman rekreasi memandangkan struktur tanah di kawasan terbabit tidak sesuai untuk pembangunan dan pembinaan perumahan,” katanya kepada Harian Metro.

Sebelum ini juga, kementeriannya dilaporkan merancang untuk membina projek perumahan bagi golongan B40 di tapak kondominium tersebut.

Tragedi Highland Towers pada 11 Disember 1993 merupakan tragedi bangunan runtuh terburuk di Malaysia apabila satu daripada tiga blok kondominium itu runtuh sehingga meragut 48 nyawa.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma? 😱😱😱