Dua minggu lalu rata-rata peminat jenama minuman bubble tea popular ini dikejutkan dengan berita  semua cawangan Tealive bakal ditutup. Namun, semalam pemilik jenama bubble tea Tealive, Loob Holding Sdn Bhd mengumumkan semua cawangan Tealive akan terus beroperasi seperti biasa.

Dalam satu kenyataan Loob Holding memaklumkan Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonannya untuk menangguhkan perintah Mahkamah Rayuan bertarikh 27 Jun.

BACA: Semua Cawangan Tealive Seluruh Malaysia Bakal Ditutup

“Bagi pihak Tealive, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang atas kepercayaan dan sokongan mereka yang berterusan. Peguam-peguam kami akan terus mengendalikan hal mahkamah sehingga resolusi akhir,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Bryan Loo.

Sebelum ini mahkamah Rayuan menolak permohonan pemilik minuman Tealive, Loob Holding Sdn Bhd, untuk mengekalkan perintah injunksi yang memihak kepada pemilik jenama Chatime, La Kaffa International Co Ltd.

Jenama Tealive sangat sinonim dan menjadi pilihan rakyat Malaysia sejak 2 tahun lalu. Mungkin ramai yang lega selepas mendengar khabar gembira ini kerana masih lagi dapat menikmati minuman bubble tea kegemaran mereka.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sarapan Pagi Sate Daging Batang Pinang?