Selalunya lepas dah gunakan minyak masak, kebanyakan dari kita akan membuangkannya ke dalam sinki yang akhirnya menyebabkan sinki di rumah tersumbat.

Namun di Jepun, minyak masak yang sudah digunakan tidak boleh dibuang begitu saja. Mereka mencipta serbuk khas pengeras minyak untuk membolehkan minyak masak dibuang dalam bentuk sisa pepejal.

BACA: Dikecam Kerana Guna Perkataan ‘Dara’

Menerusi Twitter, seorang lelaki kongsikan cara orang Jepun membuang minyak masak. Memang mudah sangat. Turut dikongsikan cara untuk menggunakan serbuk tersebut. Patutlah negara Jepun bersih, siap boleh bela ikan dalam longkang.

Lebih mengejutkan, masih ramai lagi yang tidak tahu pembuangan minyak masak ke dalam sinki boleh menyebabkan sinki tersumbat.

Ramai juga yang bertanyakan di mana boleh dapatkan serbuk pengeras minyak tersebut di Malaysia. Ada beberapa netizen kongsikan serbuk tersebut boleh didapati di kedai serbaneka Jepun, Daiso dengan harga RM5.

Gigih betul cari, ini rupa bentuk kotak serbuk pengeras minyak 

Bagus betul perkongsian tersebut. Tidak kurang juga ada yang memberikan idea minyak masak tersebut boleh dijadikan lilin aroma. Hanya letakkan minyak aroma dan tambah pewarna.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Macam Tak Percaya Ada Mall Murah Macam Ni!