Umum mengetahui satu dunia berada dalam kebimbangan susulan wabak Coronavirus menyerang secara tiba-tiba di Wuhan di timur China. Wabak tersebut telah menyerang ratusan orang dan membunuh 17 orang setakat ini.

Terbaru, Singapura menesahkan kes pertama wabak tersebut melibatkan pesakit lelaki berusia 66 tahun. Difahamkan, lelaki tersebut merupakan rakyat Wuhan tiba di Singapura bersama keluarganya pada 20 Januari lalu.

BACA: Golongan Anti-Vaksin Diundi Sebagai Manusia Paling Dibenci Tahun 2019

Pesakit tersebut telah pun diasingkan di Hospital Umum Singapura dan berada dalam keadaan stabil. Menurut laporan, lelaki itu mengalami sakit tekak ketika penerbangan namun tidak mengalami demam.

Namun pada hari berikutnya lelaki itu mula demam dan batuk-batuk. Menurut MOH, pihaknya telah mengenal pasti tujuh individu yang berhubung rapat dengan lelaki itu, yang merupakan rakan seperjalanannya.

Seorang daripada rakan seperjalannya turut dimasukkan ke dalam wad sebagai kes disyaki, lelaki warganegara China berusia 37 tahun daripada Wuhan dan keadaanya stabil.

Dalam pada itu, status kesihatan rakan seperjalanannya yang lain turut  dipantau rapi, dan sebagai langkah berjaga-jaga, mereka akan dikuarantin selama 14 hari dari tarikh mereka terdedah kepada pesakit itu.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱