Berita ini sememangnya sangat mengejutkan, namun perkara itu dedahkan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, dimana terdapat kejadian guru meminta pelajar untuk melakukan hubungan seks sebagai balasan bagi mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Ujar beliau lagi, kes sedemikian dianggap berbahaya bagi generasi masa depan di negara ini dan rasuah seharusnya dijadikan subjek di sekolah untuk mendidik anak-anak mengenai bahaya rasuah.

BACA: Edar Kondom Percuma Galakkan Seks Bebas?

“Sekiranya tindakan rasuah seperti ini telah berlaku di sekolah, akan menjadi lebih buruk apabila pelajar berkenaan meningkat dewasa dan menjadi pemimpin masa depan.

“Biarkan anak-anak muda didedahkan untuk tidak menyukai rasuah pada awal usia mereka kerana tahap korupsi di negara ini pada masa ini terlalu membimbangkan,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, memetik laporan mStar, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik meminta agar pelajar membuat laporan polis sekiranya guru-guru mereka meminta hubungan seks sebagai balasan untuk mendapatkan gred yang baik.

“Jangan sembunyikannya. Kita tidak boleh mengambil tindakan jika kita tidak tahu. Kita mahu memastikan sekolah adalah tempat yang selamat dan selesa untuk semua kanak-kanak dan guru,” katanya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥